Friday 5 September 2014

Resepi Kek Gula Hangus

Sila hubungi saya dengan sms/wsap ke no 018-9157360 atau email asiah.samad76@gmail.com ataupun fb cahayaasiah samad jika ada sebarang keraguan dan persoalan.




Bismillahiruhmaniruhim....

Assalamualaikum......



Saya ingin berkongsi sedikit cara-cara membuat kek gula hangus dengan anda semua.Untuk pengetahuan anda kek gula hangus juga dikenali sebagai kek sarang semut ataupun kek sarang lebah.Kek ini saya belajar daripada anak sepupu saya.

Member-member kat office memang suka sangat kek ini,kalau saya buat pasti habis...
Oklaaaa....saya tak nak cerita lebih-lebih lagi...

KeK gUlA HaGUs

Bahan-bahannya

  1. 1 cawan gula
  2. 1 cawan tepung naik sendiri
  3. 1 cawan air panas
  4. 3 biji telur
  5. 1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-caranya

  1. Masak gula sehingga keperanan jangan sampai gelap sangat nanti pahit.
  2. Apabila sudah keperanan masukkan air panas tadi dan kacau hingga gula perang tadi sebati dengan air.
  3. Sejukkan air gula tadi,biar betul-betul sejuk.
  4. Sementara itu,ayak tepung dengan soda bikarbonat - ketepikan.
  5. Apabila air gula sudah sejuk,Pukul telur satu persatu dan masukkan tepung yang telah diayak tadi.Pukul sehingga sebati.
  6. Masukkan air gula tadi dan pukul seketika.
  7. Biarkan selama 2-3 jam
  8. Masuk kedalam talang pempakar atau pengukus.
  9. Talang mestilah disapu terlebih dahulu dengan marjerin
  10. Bolehlah bakar atau pun kukus

Bolehlah makan petang bersama keluarga.

Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment