Sunday 31 August 2014

Petua Mudah Hilangkan Jerawat

Sila hubungi saya dengan sms/wsap ke no 018-9157360 atau email asiah.samad76@gmail.com ataupun fb cahayaasiah samad jika ada sebarang keraguan dan persoalan.


Bismillahiruhmaniruhim....

Assalamualaikum......



Senarai di bawah merupakan amalan mudah untuk hilangkan jerawat dengan pengunaan bahan-bahan yang sangat mudah didapati sekitar dengan kehidupan harian kita semua.Antaranya ialah :-

1. Daun Sirih
  

  • Rendam dengan segelas air panas.
  • Biarkan sejuk dan menjadi layu.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Basuh muka dengan air sirih tadi.
  • Biar kering dengan sendiri,jangan dilapkan.
2. Pucuk Daun Jambu Biji



  • Cuci hingga bersih.
  • Ramas dengan air yang cukup.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Cuci muka dengan air tersebut.
3. Bedak Sejuk



  • Dicampur dengan garam dan air asam jawa
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Sapu di muka dan boleh di biarkan sampai ke pagi esoknya baru dibasuh dengan air bersih.
4. Air Basuhan Beras



  • Tapis air basuhan beras yang pertama.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Basuh muka dengan air tadi
  • Biar kering dan jangan dilapkan
  • Bilas dengan air bersih
5. Air Limau Nipis



  • Dicampur dengan satu sudu minyak masak.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Sebelum tidur sapu di wajah.
  • Akan rasa pedih sedikit.
  • Keesokan ambil beberapa keping asam gelugur dan rendam dalam air panas.
  • Boleh digunakan secara sejuk ataupun secara suam.
  • Bilas wajah dengan air tersebut.
  • Asam digosok di seluruh wajah terutama di tempat parut jerawat.
  • Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih.

6. Tepung Kanji


  • Campur dengan sedikit air.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Sapu di sekeliling jerawat yang timbul.
  • Ia dapat membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut.

7. Daun Teh


  • Daun teh yang masih hijau direndam dan dididihkan.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Letakkan ke atas jerawat.

8. Telur Putih


  • Campurkan dengan tepung jagung dan minyak zaitun.
  • Gaul rata.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Sapukan di seluruh wajah.
  • Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam.
  • Amalkan 2 kali seminggu.

9. Kulit Kayu Manis


  • Diasah dan serbuk tadi dicampur dengan madu.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Sebelum tidur sapu diseluruh wajah.
  • Bilas dengan air bersih keesokkannya,
  • Amalkan 3 kali seminggu.

10. Daun Inai


  • Ditumbuk atau digiling bersama segenggam beras sehingga lumat.
  • Dibentukkan sebesar duit 5 sen.
  • Jemur sehingga kering.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
  • Bila ingin menggunakannya,titiskan dengan air limau nipis.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.
  • Sapu diseluruh wajah dengan menggunakan belahan ubi kentang.
  • Amalkan 2 kali seminggu.


Dengan senarai di atas,semoga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.Namun begitu,ianya hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

Untuk lebih mujarab,bolehlah mengunakan supplement atau vitamin daripada produk Shaklee untuk dalaman.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang terdapat didalam produk Shaklee.Anda juga boleh mengunjungi  link ini  set-jerawat-shaklee  untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang kelebihannya.


Semoga anda berjaya.

Terima kasih yang tidak terhingga dari saya kerana sudi singgah dan jenguk di blog saya ini.Banyak lagi kekurangan yang ada.

Jadi sudi-sudikanlah komen di blog saya ini.Baik atau buruk saya terima dengan hati yang terbuka.

Terima Kasiah Sekali lagi.



Untuk konsultasi PERCUMA , hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1119942 ] 
♥ Contact Number : 018-9157360
♥ SMS/WhatsApp : 018-9157360
 Emel : asiah.samad76@gmail.com
 FB : cahayaasiah samad















Set Jerawat Shaklee

Sila hubungi saya dengan sms/wsap ke no 018-9157360 atau email asiah.samad76@gmail.com ataupun fb cahayaasiah samad jika ada sebarang keraguan dan persoalan.



Bismillahiruhmaniruhim....

Assalamualaikum......



Jerawat

Saya ingin cerita sedikit tentang kewujudan jerawat yang menjadi igauan ngeri bagi setiap wanita di dunia ini.Pastinya setiap wanita yang ditumbuhi jerawat sanggup berhabis-habisan dalam menyembuhkan jerawat yang tumbuh di wajah.

Faktor atau Punca Tumbuhnya Jerawat

Terdapat beberapa faktor atau punca yang berlakunya pertumbuhan jerawat.Antaranya ialah :-

1. Tekanan/Stress
  • Tekanan atau pun stress merupakan salah satu faktor berlakunya jerawat.
  • Terdapat 2 jenis tekanan iaitu secara fizikal dan emosi.
  • Tekanan secara fizikal berlaku disebabkan oleh tidur yang tidak cukup,merokok,terlalu sibuk,kurangnya istirehat,pengambilan dadah dan sebagainya.
  • Tekanan emosi pula merupakan tekanan dalaman iaitu kerisauan yang amat sangat,masalah rumahtangga atau kekasih,study yang terlampau dan banyak lagi.
2. Pemakanan
  • Pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti makanan berminyak,berlemak,seafood,kacang belacan,makanan bergoreng dan berperisa.
  • Kurangnya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Perubahan Hormon
  • Perubahan hormon berlaku disebabkan oleh kedatangan haid,mengandung kematangan remaja dan juga menopause.
4. Keturunan
  • Faktor keturunan juga merupakan salah satu punca berlakunya penumbuhan jerawat.
  • Di mana hanya orang Asia sahaja yang mengalami masalah ini.
5. Alahan
  • Biasanya alahan berlaku disebabkan oleh kosmetik dan pemakanan.

6. Pencemaran
  • Pencemaran udara seperti kebakaran yang menyebabkan berlakunya jerebu.
  • Asap-asap dari kenderaan dan kilang-kilang.
7. Resdung
  • Resdung juga merupakan salah satu punca tumbuhnya jerawat.
  • Dimana pori-pori tersumbat.
8. Cuaca
  • Faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan pertumbuhan jerawat berlaku.
Disebabkan faktor-faktor inilah berlakunya perrtumbuhan jerawat.

Jenis-jenis jerawat



1. Jerawat Vulgaris
  • Biasa dialami dan ia amat mudah dikenali
  • ianya datang bersama whitehead,bintik hitam,papules,pastales dan nodul yang sangat menyakitkan.
  • Dapat dirawat dengan penggunaan krim atau rawatan semulajadi.
2. Jerawat Rosacea
  • Serupa dengan jerawat vulgaris
  • Berbentuk seperti ruam pada pipi,hidung,dahi dan dagu.
  • Berakhir dengan leban dan bintik hitam.
  • Dideritai oleh wanita yang berumur 30 tahun ke atas.
  • Lebih ekstrem dari jerawat vulgaris.
  • Memerlukan rawatan yang lebih power.
3. Jerawat Conglobata
  • Paling teruk dan dihidapi oleh lelaki.
  • Dikenali dengan kesan luka besar di seluruh muka.
  • Terhasilnya bintik hitam.
  • Menyebabkan kerosakan yang serius pada kulit dan parut dari masa ke semasa.
  • Produk yang mengandungi isotretinoin sangat berkesan untuk jerawat jenis ini.
4. Jerawat Fulimans
  • Biasa dihidapi oleh lelaki berusia muda dan datang secara tiba-tiba
  • Biasanya diikuti dengan demam dan sakit sendi
  • Boleh dirawat dengan ubat steroid atau produk yang mengandungi isotretinoin.
5. Jerawat Folliculitis Gam-Negatif
  • Amat jarang ditemui
  • Datang bersama postules dan sista
  • Terhasil daripada komplikasi akibat rawatan jangka panjang antibiotik Jerawat Vulgaris.
6. Jerawat Pyoderma Faciale
  • Dihidapi oelh wanita berumur 20 dan 40 tahun.
  • Merasa sakit dan kudis jerawat akan meninggalkan kesan parut.
  • Datang dengan tiba-tiba seperti jerawat  fullimans.
  • Terhad kepada muka
  • Hilang kurang dari setahun.


Dengan itu Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat sesuai sekali untuk wanita ataupun lelaki yang mengalami masalah jerawat.

Antara produk Shaklee yang sesuai dengan masalah jerawat ialah :-
  1. Soya ESP
  2. Alfalfa
  3. GLA
  4. Vitamin E
  5. Vitamin C
  6. B-Complex
  7. Vivix
  8. Zinc Complex
  9. Garlic
  10. Collagen Powder

Dengan harga yang berpatutan dan mampu milik,Shaklee menyediakan Set Complete,Set Resdung dan Set Bajet.

Set Complete
  1. Soya ESP
  2. Vitamin E
  3. Vitamin C
  4. GLA
  5. Alfalfa
  6. Vita-Lea
  7. B-Complex
  8. Collagen Powder
Kelebihan dan Keistimewaan Produk Shaklee

1. Soya ESP
  • Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat
  • Diet yang mengenyangkan
  • Kawal kolestrol
  • Payudara anjal
  • Milkbooster hebat
  • Memberi tenaga
  • Kulit cantik,halus,gebu dan berseri
  • Membantu masalah kesuburan
  • Menagani masalah keguguran rambut
2. Vitamin E
  • Awek muda - melambatkan proses penuaan
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Mengurangkan risiko parut yang besar
  • Merendahkan kadar kolestrol
  • Membantu mencegah kanser
  • Merendahkan risiko katarak
  • Untuk kecantikan
  • Mengawal kandungan minyak dalam kulit
  • Mengurangkan kesan jeragat dan parut-parut jerawat
  • Melindungi dan mencegah kerosakan sel,menghaluskan dan mencerahkan kulit
3. Vitamin C
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
  • Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah dan mengatur penyerapannya
  • Menggalakkan peredaran darah dalam badan
  • Merangsang pengeluaran hempedu
  • Mengekalkan tahap kolestrol darah yang lebih rendah
  • Merawat dan mencegah berlakunya katarak
  • Mempunyai ciri-ciri anti-radang
  • Mengurangkan gejala herpes mulut
  • Mencegah daripada terjadinya serangan penyakit jantung coronary dan strok
  • Membantu dengan merangsang pembentukan kologen dan menyebabkan kulit menjadi tegang
  • Melambatkan proses penuaan(awek muda)
  • Menghalang pembentukan pigmentasi yang menyebabkan masalah jeragat
  • Membantu dalam mengurangkan masalah alergi dan jerawat
  • Mengatasi masalah gusi berdarah
4. GLA
  • Merawat ulser
  • Mengeluarkan virus
  • Melegakan kelesuan
  • Membersihkan kahak
  • Meringankan kebas urat saraf
  • Meningkatkan stamina
  • Mengawal selia hormon lelaki dan wanita
  • Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan,mood swing,retensi air dan sakit payudara
  • Melambatkan proses monopous seperti hot flasher,insomnia,ketidakhadaman,depresi dll
  • Melambatkan penuaan
  • Mengetatkan uterus dengan memberi tone kepada uterus utk kulit lebih muda
  • Memperbaiki prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Menjadikan kulit berseri-seri dan lebih sihat
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal kencing manis dandarah tinggi
  • Untuk fingsi saraf
  • Dapat mengurangkan serangan jantung
  • Menguatkan imuniti dalam badan
  • Menguatkan dinding arteri
  • Menagani ekzema
  • Mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan kuku
  • Membantu dalam meningkatkan kesuburan
  • Mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat baru

5. Alfalfa
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk arlegi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor yang disebabkan jangkitan buah pinggang
  • Merawat masalah keputihan bagi kaum wanita
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina bagi lelaki 
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Merawat badan,nafas dan kaki berbau
  • Menambahkan pengeluaran susu ibu
  • Merawat penyakit kencing manis
  • Sesuai juga untuk jerawat dan memudarkan bekas-bekas jerawat

6. Vita-Lea
  • Untuk mencegah kerosakan fungsi imun yang berpunca daripada radikal bebas
  • Untuk pembinaan dan kesihatan tulang
  • Untuk mengekalkan rentak jantung,otot dan fungsi saraf
  • Untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • Untuk melindungi paru-paru,kolon dan prostat
  • Untuk menyokong proses pengeluaran tenaga
  • Untuk meningkatkan proses penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel dalam badan
  • Membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian
  • Keupayaan sistem produktif bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Untuk malambatkan proses penuaan
  • Membantu proses pembesaran,pertumbuhan rambut,otot,kulit,kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod
  • Melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati
  • Sesuai juga untuk jerawat dan memudarkan bekas-bekas jerawat

7. B-Complex
  • Membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat
  • Membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemin
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat,saraf,kulit,mata,rambut,hati dan mulut
  • Penghasialan tenaga dan berguna untuk kemurunan dan stress
  • Pembentukan darah dengan membantu mencegah anemia
  • Mengelakan sawan,epilepsi dan membantu magatasi keletihan dan ketagihan makanan
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban
  • Merawat alergi
  • Menyembuh luka
  • Mengawal penyakit jantung
  • Mengawal hiperaktif
  • Mencegah kemandulan
  • Merawat masalah haid
  • Merawat gangguan saraf
  • Membantu fungsi seksual
  • Kesukaran penglihatan
  • Masalah kehilangan berat badan
  • Membantu proses penghadaman,menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Meredakan sakit kepala,tekanan,kemurunan dan insomnia
  • Mengalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak
  • Mengurangkan keletihan mata,katarak dengan meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda
  • Meredakan senggugut
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat
8. Collogen Powder
  • Anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori,kedutan,garis-garis halus yang kelihatan
  • Menghidratkan - melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka
  • Mengembalikan keremajaan kulit - meningkatkan ketegangan kulit,keanjalan dan kelembutan
  • Melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • Menyubur - menggalakkan kuku yang kuat,rambut yang tebal dan bersinar
  • Mencerah - mengurangkan pigmentasi,jeragat,parut jerawat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara
Harga set complete jerawat 
  1. Soya ESP                  = RM 150.00
  2. Vitamin E                   = RM 149.00
  3. Vitamin C                  = RM   92.50
  4. GLA                          = RM  91.25
  5. Alfalfa                        = RM  53.75
  6. Vita-Lea                    = RM  88.75
  7. B-Complex                = RM  53.75
  8. Collagen Powder       = RM 298.00

                                               RM 977.00

Dengan pembeli set complete jerawat anda secara automatic jadi ahli.

Anda ingin membeli set complete jerawat sendiri,boleh klik Nak Order Sendiri di sini tanpa was-was.



Untuk konsultasi PERCUMA , hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1119942 ] 
♥ Contact Number : 018-9157360
♥ SMS/WhatsApp : 018-9157360
 Emel : asiah.samad76@gmail.com
 FB : cahayaasiah samad

Monday 11 August 2014

Kelebihan Dan Keistemewaan Puasa Enam



 


Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.





Kelebihan Dan Keistimewaan Surah Al Fatihah








Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan

"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w."

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".