Sunday 11 May 2014

Vitamin Untuk Mata

Berminat ? Sila hubungi saya melalui sms/wasap ke 018-9157360 untuk free consultation ,saya akan mencadangkan mengikut bajet dan keperluan yang anda kehendaki.

Mata





Fungsi Mata

Mata merupakan salah satu panca indera yang sangat penting dalam kehidupan kita selain telinga,hidung,lidah dan kulit.Mata sangat penting kepada manusia sejagat untuk penglihatan.Kalau kita berjalan dalam keadaan gelap tanpa sebarang cahaya,pastinya susahkan!!!!

Mata merupakan sebuah "kamera" kepada tubuh badan kita.Tanpanya susah untuk kita melakukan aktiviti harian.

Fungsi bagi sepasang mata kita adalah kompleks & rumit sekali,dan ianya bertanggungjawab untuk memberi maklumat kepada kita bukan hanya untuk penglihatan sahaja.

Antara fungsi-fungsi dan tugas sepasang mata kita ialah :

1.Penglihatan

Sudah pasti kita tahu,mata pastinya untuk melihat dan dalam masa yang sama sebagai pemberi maklumat kepada otak kita untuk dicerna.Di siang hari,cahaya terang dan banyak pantulan tertumpu pada mata dan memudahkan mata untuk melihat.Manakala di malam hari atau di dalam gelap,pantulan cahaya sudah berkurangan dan ini menyukarkan penglihatan kita.Namun begitu,mata manusia mempunyai sel-sel istimewa yang dipanggil rod mata yang membantu penglihatan di waktu malam.Rod mata berfungsi sebagai pemberi fokus tambahan ke atas setiap objek yang di tempat gelap @ malam.

2.Fokus

Selain itu,mata juga mempunyai kanta.Di mana kanta ini membenarkan cahaya difokuskan di retina mata.Kanta dapat memfokuskan cahaya yang diterima dengan tepat dan jelas.Kerosakan @ kecederaan yang dialami oleh kanta menyebabkan pandangan mata menjadi kabur pada jarak yang tertentu.Bantuan seperti cermin mata @ lensa kanta lengkap mata digunakan untuk mengatasi masalah ini.

3.Tanggapan kedalaman

Kedua-dua mata kita terletak di bahagian muka hadapan kita.Dengan jarak yang dekat di antara kedua-dua mata,ia membenarkan penglihatan bagi objek yang sama tapi dalam sudut pandangan yang berbeza.Ia di kenali sebagai "Penglihatan Stereo" menurut Rangkaian Optometris ( Optometrists Network).Dari sudut penglihatan ,ia memberi penglihatan keseluruhan pada sesuatu objek tersebut.Melalui sepasang mata,kita bukan sahaja boleh memberitahu akan saiz objek tersebut,malahan juga pertalian hubungan dengan objek-objek yang lain.Ia amat penting untuk yang memandu kenderaan,membaling,menangkap dan membina objek 3-D.Dengan kehilangan salah satu daripada deria penglihatan ini akan menyebabkan masalah yang di panggil "Tanggapan Kedalaman".

4.Keseimbangan (Balance)

Mata merupakan sebahagian alat kecil bagi Sistem Vestibular (Sistem dalam tubuh yang bertanggungjawab untuk menjaga keseimbangan, postur dan orientasi tubuh dalam ruangan. Sistem ini juga mengatur gerakan dan menjaga benda-benda berada pada fokus visual semasa tubuh bergerak). Persatuan bagi Masalah keseimbangan (The Vestibular Disorder Association) menyatakan bahawa kebanyakan maklumat bagi Sistem Keseimbangan ini adalah dibuat oleh Telinga Dalam tapi menggunakan Sistem penglihatan dan sambungan-sambungannya, jaringan otot dan alat-alat penerima (reseptors) di dalamnya untuk memberi maklumat kepada tubuh badan tentang di mana kedudukannya yang berkaitan dengan objek lain. Jika keseimbangan ini betul, menuruni jalan yang lurus akan membuatkan bangunan atau objek-objek yang lain akan kelihatan betul. Sistem penglihatan adalah bertanggungjawab memberi maklumat kepada otak mengenai kedudukan tubuh badannya. Hilang penglihatan akan merubah keseimbangan . Cara ujian yang cepat ialah berdiri dengan satu kaki serta dengan mata dibuka dan tertutup. Sebaik sahaja mata ditutup, keseimbangan yang dirasai adalah bertambah sukar.

5.Isyarat

Ada

5. Isyarat
Ada juga yang menggunakan mata sebagai bahasa isyarat. Contohnya seseorang yang lumpuh (stroke) tidak boleh memberi isyarat tangan serta tidak boleh bercakap, maka dia akan menggunakan isyarat mata untuk berinteraksi dengan orang lain.
Remaja lelaki menggunakan isyarat mata seperti mengenyitkan mata kepada seseorang wanita tanda ingin menggoda. Ada juga sesetengah orang menggunakan isyarat mata untuk menyatakan emosinya seperti seorang ibu yang memarahi anaknya yang nakal dengan membeliakkan biji mata kepada anaknya tanda marah.
6. Mengesan Penyakit
Kita juga mampu mengesan sebarang penyakit melalui keadaan mata seperti mata berair, berwarna merah, pedih, sakit dan lain-lain lagi.
7. Mengenali jiwa
Selain daripada penyakit, kita juga dapat mengenali jiwa seseorang itu melalui bentuk, saiz, warna dan sifat mata itu sendiri supaya kita mudah mengenali seseorang itu dengan lebih dekat lagi.








Testimoni




No comments:

Post a Comment