Friday 19 January 2018

Khasiat Mandi Ais

Khasiat Mandian Ais + Garam Bukit + Pati Bunga
-----------------------------------------------
Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah).
.
Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.
.
Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
.
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
.
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.
.
Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.
.
Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.
.
Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.
.
Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.
.
Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka).
.
Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.
.
*Kredit to Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah*

No comments:

Post a Comment